PENGENALAN
Pada 26 April 2019, USIM HEALTHCARE SDN BHD (UHSB) telah ditubuhkan sebagai anak syarikat USIM TIJARAH HOLDING SDN BHD (UTHSB) bagi tujuan melebar luaskan aktiviti perniagaan kesihatan swasta.
UHSB kini mengendalikan KLINIK PAKAR KESIHATAN USIM (KPKU), KLINIK PAKAR PERGIGIAN USIM, POLIKLINIK KESIHATAN USIM DAN PUSAT HEMODIALISIS MAINS-PNB-USIM yang menawarkan perkhidmatan pakar perubatan, pakar pergigian, pusat hemodialisis dan rawatan sakit luar kepada masyarakat di sekitar Nilai, Negeri Sembilan. UHSB mengambil inisiatif melibatkan doktor – doktor pakar dari FAKULTI PERUBUTAN DAN SAINS KESIHATAN (FPSK) dan FAKULTI PERGIGIAN (FPG) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
USHB mengadaptasi peralatan yang moden dan bersesuaian dengan kehendak semasa. Di antara perkhidmatan pakar yang ditawarkan adalah Pakar Perubatan Peluarga, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan (O&G), Pakar Perubatan Dalaman, Pakar Mata (Oftalmologi), Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Pakar Ortopedik, Pakar Psikiatari, Pakar Pembedahan Am, Dialisis serta Pakar Pergigian
UHSB akan terus mengembangkan sayap perniagaan bagi memenuhi kehendak dan keperluan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah yang terunggul
PERNYATAAN POLISI
Bagi memenuhi falsafah UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) iaitu paduan di antara ilmu naqli dan aqli serta budi pekerti yang mulia adalah teras utama membentuk generasi cemerlang dan masyarakat berilmu, falsafah Klinik Pakar Kesihatan USIM (KPKUSIM) adalah:
‘ Penghayatan model waqaf dalam penyediaan perkhidmatan kesihatan untuk kesejahteraan ummah dan manusia sejagat ’
VISI
Menjadi sebuah entiti penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah yang terunggul.
MISI
- Menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang mendukung falsafah universiti dalam mengaplikasikan penjagaan kesihatan yang mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli.
- Memberi dan mempromosikan penjagaan kesihatan yang syumul berasaskan 3 entiti insan iaitu rohani, jasmani dan aqlani.
- Memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berteraskan kemuliaan insan kepada pelanggan selaras dengan falsafah amalan waqaf.
- Amalan perubatan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan berasaskan syariah dan etika Islam.
- Memupuk kesedaran masyarakat tentang potensi waqaf dan infak.
STRUKTUR ORGANISASI