LOGO-KLINIK-PAKAR-FINALPENGENALAN

USIM TIJARAH HOLDINGS SDN. BHD (UTHSB) ditubuhkan  pada 17 Mac 2009, melalui daftar perniagaan ini, UTHSB memulakan perniagaan perundingan & latihan atas nama USIM TIJARAH HOLDINGS SDN. BHD. Bertempat di PK-A2-04 & 05, Aras 2, Pusat Komersial, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800, Nilai, Negeri Sembilan. UTHSB akan mengendalikan PUSAT PAKAR KESIHATAN USIM (PPKU) menawarkan perkhidmatan pakar perubatan, pakar pergigian dan rawatan pesakit luar kepada masyarakat di sekitar Nilai. Pusat ini mempunyai kelebihan dari segi modal insan kerana melibatkan doktor-doktor pakar dari FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN (FPSK) dan FAKULTI PERGIGIGAN (FPg) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM). la dilengkapi dengan peralatan yang berasaskan teknologi terkini. Di antara perkhidmatan pakar yang ditawarkan adalah Pakar Perubatan Keluarga, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan (O&G), Pakar Perubatan Dalaman, Pakar Mata (Oftalmologi), Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Pakar Ortopedik, Pakar Psikiatri, Pakar Pembedahan Am serta Pakar Pergigian.

 

PERNYATAAN POLISI

Bagi memenuhi falsafah UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) iaitu paduan di antara ilmu naqli dan aqli serta budi pekerti yang mulia adalah teras utama membentuk generasi cemerlang dan masyarakat berilmu, falsafah Klinik Pakar Kesihatan USIM (KPKUSIM) adalah:
‘ Penghayatan model waqaf dalam penyediaan perkhidmatan kesihatan untuk kesejahteraan ummah dan manusia sejagat ’

VISI

Menjadi sebuah entiti penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah yang terunggul.

MISI

  1. Menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang mendukung falsafah universiti dalam mengaplikasikan penjagaan kesihatan yang mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli.
  2. Memberi dan mempromosikan penjagaan kesihatan yang syumul berasaskan 3 entiti insan iaitu rohani, jasmani dan aqlani.
  3. Memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berteraskan kemuliaan insan kepada pelanggan selaras dengan falsafah amalan waqaf.
  4. Amalan perubatan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan berasaskan syariah dan etika Islam.
  5. Memupuk kesedaran masyarakat tentang potensi waqaf dan infak.

STRUKTUR ORGANISASI

struktur