TRANSPARENT11

Klinik Pakar Kesihatan USIM mula beroperasi pada 1 April 2015. Klinik yang berkonsepkan wakaf ini menawarkan perkhidmatan pakar perubatan dan rawatan pesakit luar kepada masyarakat di sekitar Nilai. Klinik ini mempunyai kelebihan dari segi modal insan yang melibatkan doktor-doktor dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) USIM. Ia juga dilengkapi dengan peralatan yang moden berasaskan teknologi terkini.

Klinik Pakar Kesihatan USIM (KPKU) menawarkan perkhidmatan yang komprehensif yang merangkumi bidang-bidang berikut :

  • Perundingan Perubatan, Prosedur dan Diagnostik

  • Perubatan Am & Perubatan Keluarga

  • Pakar Perubatan Dalaman

  • Pakar Ortopedik

  • Perbidanan Dan Sakit Puan (O&G) : Klinik Antenatal Dan Postnatal, Klinik Infertiliti Dan Kesihatan Wanita

  • Klinik Mata (Oftalmologi).

  • Pembedahan : Pembedahan Am, Berkhatan.

  • Klinik Telinga, Hidung dan Tekak (ENT)

  • Radiologi : Ultrasound, X-Ray

  • Farmasi

  • Pemeriksaan Dan Saringan Kesihatan

  • Ceramah Kesihatan

  • Perundingan Kesihatan Islami

  • Kemudahan Makmal

  • Panel